Klon suara AI perlu dalam skop RUU Jenayah Siber - Utusan Malaysia

Klon suara AI perlu dalam skop RUU Jenayah Siber

MOHD. KURNIAWAN NAIM MOKTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menjelaskan sama ada skop Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 meliputi teknologi klon suara (voice cloning) berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang kini semakin kerap disalahgunakan dalam kegiatan jenayah.

Datuk Mohd Kurniawan Naim Moktar (BN-Kinabatangan) berkata, ia menjadi suatu kebimbangan apabila teknologi klon suara kini digunakan oleh penjenayah untuk menyamar bagi mendapatkan maklumat sulit.

“Teknologi ini kini digunakan untuk menyamar sebagai ahli keluarga, pegawai bank dan pengurusan syarikat bagi memperdaya mangsa melakukan pemindahan wang serta mendapatkan maklumat sulit.

“Saya berpandangan bahawa takrifan berkaitan kandungan yang dimanipulasi perlu diperluaskan supaya turut meliputi penyalahgunaan identiti biometrik suara bagi tujuan jenayah,” katanya ketika membahaskan Penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Jenayah Siber 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, takrifan berkaitan kandungan yang dimanipulasi perlu diperluaskan supaya turut meliputi penyalahgunaan identiti biometrik suara bagi tujuan jenayah.

Dalam pada itu, Mohd. Naim turut mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan Kanun Tatacara Forensik Digital atau garis panduan yang seragam bagi mengawal selia proses penyitaan, pengklonan data, pengimejan forensik dan rantaian pemilikan bukti digital.

“Langkah ini penting bagi memastikan bukti digital mempunyai integriti dan kebolehterimaan yang tinggi di mahkamah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN