Kanak-kanak autisme maut jatuh tingkat 13 pangsapuri di Kuala Terengganu

Kanak-kanak autisme maut jatuh tingkat 13 pangsapuri di Kuala Terengganu

SEORANG kanak-kanak perempuan autisme maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak perempuan autisme maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Ladang Tok Pelam, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mayat mangsa ditemukan di tingkat enam kawasan tempat letak kenderaan pangsapuri berkenaan.

Difahamkan, mangsa bersama keluarganya yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan, menyewa sebuah inap desa di tingkat 13 bangunan itu sejak semalam.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Berita lanjut menyusul. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN