Juruteknik maut dirempuh kereta

Juruteknik maut dirempuh kereta

NAAZRON ABDUL YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang juruteknik maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Lebuh Utama, Bandar Tun Hussein Onn, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kereta berkenaan datang dari arah Jalan Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn.

“Kereta itu kemudian memasuki persimpangan Lebuh Utama sebelum berlaku kemalangan dengan motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Pemandu kereta merupakan seorang pesara lelaki tempatan berusia 67 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan, individu berkenaan boleh dipenjara antara lima hingga 10 tahun dan didenda antara RM20,000 hingga RM50,000.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saifudin Saadun di talian 011-21119379 bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Naazron turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya memandu secara berhemah, mematuhi peraturan dan sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN