Jangan salahkan warga asing, tengok cermin du

Jangan salahkan warga asing, tengok cermin dulu

KAWASAN sekitar Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah selepas aksi final Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina. - Sumber FB DBKL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sikap segelintir pihak yang gemar menyalahkan warga asing berhubung isu kebersihan awam kembali dipersoalkan susulan lambakan sampah yang ditinggalkan peminat bola sepak di Dataran Merdeka selepas menyaksikan siaran langsung perlawanan pagi tadi

Kawasan ikonik berkenaan dilapor dicemari longgokan bekas makanan, botol plastik dan kertas alas duduk yang ditinggalkan segelintor peminat bola sepak selepas menyaksikan siaran langsung perlawanan.

Kekotoran di padang serta kawasan pejalan kaki yang terpaksa dibersihkan oleh pekerja pembersihan seawal subuh itu mencetuskan kemarahan pengguna media sosial selepas beberapa hantaran gambar dan video mengenainya tular di platform Threads menerusi akaun @akeemsharyzal_ dan @rvzlee.

Pengguna platform Threads, @relsiitik menegur sikap hipokrit sesetengah pengunjung yang culas menjaga kebersihan tetapi lantang mengkritik golongan lain.

“Tuduh bangsa asing pengotor, tapi diri sendiri tak tengok cermin,” katanya.

Pandangan itu disokong @salem.marzouq yang menyifatkan tindakan menyerahkan tugas membersihkan sisa buangan tempatan kepada pekerja asing sebagai sesuatu yang amat memalukan.

“Rakyat Malaysia ini susah hendak berubah dan menganggap itu kerja orang lain. Jangan sesekali menyalahkan warga asing untuk perkara ini kerana mereka yang kebanyakannya tolong bersihkan selepas anda,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna @dreampresssso mempertikaikan kegagalan pengunjung membawa plastik sendiri bagi menguruskan sampah masing-masing.

“Boleh sahaja bawa sampah sendiri dalam plastik dulu, simpan dalam beg ke dulu, kemudian jumpa tong sampah baru buang,” katanya.

Sementara itu, @ct_masek meluahkan rasa malu terhadap sikap tidak bertanggungjawab yang menjejaskan imej masyarakat tempatan.

“Memalukan betul, stigma pemalas melekat dekat badan,” katanya.

Turut bersetuju, @razifawalluddin menyifatkan tahap pemikiran sesetengah rakyat masih belum bersedia untuk membawa Malaysia ke arah status negara maju.

Dalam pada itu, pengguna @nnadyanordin menyindir keghairahan peminat yang hilang pertimbangan sivik sewaktu bersorak memberi sokongan.

“Sorak tengok bola sampai hilang suara, tapi kutip sampah sendiri tak berdaya,” katanya.

Kejadian berulang ini membuktikan isu kebersihan awam menuntut perubahan mentaliti sejagat dan bukannya sikap menuding jari kepada pihak lain semata-mata. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN