Imigresen tahan 503 warga asing di 16 lokasi seluruh negara

Imigresen tahan 503 warga asing di 16 lokasi seluruh negara

ZAKARIA SHAABAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menahan seramai 503 warga asing dalam operasi bersepadu yang dilancarkan di 16 lokasi seluruh negara sejak semalam hingga hari ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi berkenaan yang disertai seramai 876 anggota dan pegawai antaranya daripada Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Menurut beliau, seramai 2,260 individu yang terdiri daripada warga asing dan majikan diperiksa dalam operasi berkenaan dalam yang menyasarkan premis-premis perniagaan.

Beliau berkata, kebanyakkan warga asing yang ditahan dipercayai melakukan pelbagai kesalahan imigresen seperti salah guna pas, tinggal lebih, pas tamat tempoh dan tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Pihak JIM turut mengeluarkan 120 borang saman kepada majikan dan penjaga warga asing untuk hadir memberi keterangan,” katanya dalam sidang akbar di salah satu lokasi serbuan di sekitar Jalan Kenanga di ibu negara hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, lebih 200 lokasi panas  menjadi tumpuan warga asing dikenal pasti di seluruh negara.

“Lebih 100 daripadanya berada di sekitar Lembah Klang jadi Imigresen akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan di seluruh negara dengan memberi tumpuan kepada lokasi yang dikenal pasti sebagai lokasi panas warga asing.

“Kita tidak akan berkompromi dan tidak akan memberi ruang kepada warga asing berada di negara ini secara tidak sah atau berleluasa,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN