KULIM: Identiti seorang wanita dan dua kanak-kanak lelaki yang disahkan lemas dalam tragedi kepala air di Taman Eko Rimba Sungai Sedim sudah dikenal pasti pihak berkuasa.
Mereka ialah Nur Atikah Abdullah, 28; Muhammad Uzair Ahmadi Hussain, 12 dan Muhammad Aariz Danial Md. Radzi, 3, yang dipercayai tiga sekeluarga.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, kejadian dipercayai berlaku secara tiba-tiba ketika ramai pengunjung berkelah di lokasi peranginan tersebut.
Penduduk setempat memaklumkan, tiada hujan ketika kepala air melanda, malah cuaca dilaporkan baik di kawasan sekitar sehingga semalam.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, siren kecemasan di tempat kejadian dilaporkan mengalami kerosakan. –UTUSAN










