Iconic Run 2026 promosi gaya hidup sihat komuniti kampus

Iconic Run 2026 UiTM Shah Alam promosi gaya hidup sihat komuniti kampus

PARA peserta UiTM Shah Alam Iconic Run 2026 bersedia memulakan perlumbaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penganjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Iconic Run 2026 membuktikan usaha berterusan UiTM Shah Alam dalam memperkukuh komuniti kampus yang aktif, sihat dan berdaya saing, selari dengan aspirasi memupuk gaya hidup sihat serta semangat kesepunyaan dalam kalangan warga universiti.

Program anjuran Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident (JPNR) UiTM Shah Alam itu menghimpunkan kira-kira 950 peserta, terdiri daripada 550 peserta larian dan 400 peserta aerobik, menjadikannya antara program rekreasi terbesar di kampus tahun ini.

Hampir 1,000 penyertaan dan kehadiran memeriahkan acara ini yang turut membuka ruang kepada masyarakat umum, selaras dengan usaha UiTM menggalakkan penglibatan komuniti melalui program berteraskan kesihatan.

Program tersebut diadakan di kampus UiTM Shah Alam, bermula pukul 8 pagi dengan sesi aerobik di Padang Kawad sebelum disusuli larian yang merentasi beberapa lokasi ikonik universiti.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UiTM, Mejar Jeneral Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Hajar Hasrol Jono, yang mewakili Timbalan Naib

Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam.

Dalam ucapannya, beliau berkata bahawa program tersebut penting bagi nemperkukuh kesihatan pelajar serta mengeratkan hubungan warga kampus dengan identiti universiti.

Antara tarikan utama adalah laluan fun run yang melalui lokasi ikonik UiTM Shah Alam, memberikan pengalaman unik kepada peserta sambil menikmati suasana kampus.

Program turut diserikan dengan aktiviti sampingan dan cabutan bertuah yang menawarkan 38 hadiah, termasuk jam pintar Amazfit sebagai hadiah utama.

Secara keseluruhan, UiTM Iconic Run 2026 menjadi platform yang menggabungkan sukan, komuniti dan gaya hidup sihat dalam satu penganjuran berimpak kepada warga kampus. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN