HPRZ II bakal miliki makmal patologi RM175 Juta

HPRZ II bakal miliki makmal patologi RM175 Juta

DR. Mohd. Azman Yacob (kanan) semasa melawat gerai pameran selepas merasmikan Persidangan Saintifil Tahunan ke 21 oleh College of Pathologists, Academy of Medicine Malaysia di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bakal memiliki sebuah makmal patologi baharu bernilai RM175 juta yang dilengkapi peralatan dan mesin berteknologi moden apabila pembinaannya dijadual bermula tahun depan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) itu dijangka mengambil masa antara empat hingga lima tahun untuk disiapkan.

Katanya, pembinaan makmal baharu itu meningkatkan keupayaan perkhidmatan diagnostik dan memberi manfaat kepada rakyat Kelantan.

“Pembinaan baharu dilengkapi peralatan mesin yang lebih moden untuk dimanfaatkan kepada rakyat negeri ini dan siap dalam tempoh empat hingga lima tahun.

“Bagaimanapun, orang ramai masih boleh menjalani pemeriksaan di makmal patologi di hospital sedia ada,” katanya selepas merasmikan Persidangan Saintifik Tahunan Ke-21 anjuran College of Pathologists, Academy of Medicine Malaysia di sebuah hotel di sini, hari ini.

Dr. Mohd. Azman berkata, pembinaan makmal patologi baharu itu adalah satu keperluan utama bagi menyokong rawatan pesakit.

Katanya, bangunan berkenaan turut dilengkapi wad kelas pertama yang mempunyai 40 katil serta menyediakan 125 lot parkir. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN