Haji tidak mabrur guna duit sumber haram
SOALAN
Apa hukumnya jika ada orang Islam berkata, banyak buat dosa dan salah laku berkaitan wang seperti rasuah tetapi dia pergi menunaikan haji dan umrah untuk cuci dosa tersebut?
Ingin penjelasan
Klang
JAWAPAN
Haji yang dilakukan hasil daripada pendapatan haram seperti rasuah tidak dianggap sebagai haji mabrur mengikut sepakat ulama. Namun haji adalah sah. Maka syarat utama dalam memperoleh haji mabrur adalah menggunakan wang daripada sumber yang halal.
Ubah nama asal saudara baharu jika maksud tidak baik
SOALAN
Bolehkah saya sebagai saudara baharu mengekalkan nama asal saya tetapi membawa maksud tidak baik seperti nama dewa?
Saudara baharu
Ingin kepastian
JAWAPAN
Sebaiknya menukar nama kepada nama yang lebih baik kerana pada nama itu ada barakah dan nilainya.
Qunut bukan rukun solat
SOALAN
Jika saya qada solat seperti solat Subuh, perlukah saya baca doa Qunut atau tidak?
Selamat
Kluang
JAWAPAN
Qunut bukan daripada rukun solat. Sekiranya ditinggalkan Qunut tidaklah membatalkan solat semasa tunai atau qada.
Pembaca boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]










