KUALA LUMPUR: “Kau itu siapa?.”
Demikian respon pelakon Izara Aishah, 34, terhadap yang memfitnahnya berlaku sombong terhadap peminat.
Bahkan, dakwaan individu berkenaan yang kononnya Izara tidak membenarkan dia dan ibunya masuk ke dalam lif disebabkan pelakon itu melakukan sesi bergambar dikatakan tidak benar sama sekali.
”Tak bagi masuk lif pula. Fitnah apa ini. Selalu kalau ‘kantoi’ pintu lif terbuka masa tengah beria posing maut saya akan tekejut malu dah tak tau nak letak muka kat mana lalu tengok dinding,” katanya dalam Thread.
Terdahulu, seorang individu di platform sama mendakwa Izara bersikap sombong dengan tidak membenarkan dia dan ibunya masuk ke dalam lif kerana melakukan sesi fotografi di kawasan tersebut.
Dakwa individu itu lagi, Izara juga menjeling ke arah mereka sebagai tanda tidak selesa dengan keberadaan mereka di situ.
Izara dalam pada itu mempersoalkan status individu terbabit dan keperluan dia berlaku sombong dengannya.
“Selalu yang akan kena jeling dengan saya, kru saya.
“Janganlah sombong, tahulah saya izara Aishah sahaja tapi bila dah kenal saya, Kenapa tanya lagi “kau Siapa’.
“Kau itu siapa yang aku nak bersombong-sombong,” ujarnya. – UTUSAN










