Empat kes pokok tumbang, banjir kilat di Selangor

Empat kes pokok tumbang, banjir kilat di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak empat panggilan berkaitan insiden pokok tumbang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor susulan hujan lebat petang ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, kesemua panggilam kecemasan itu diterima sehingga pukul 5 petang ini.

Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kesemua kejadian tersebut.

“Walau bagaimanapun, pihak kami sentiasa berjaga-jaga dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan terutama ketika hujan lebat atau berlaku insiden kecemasan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, satu lagi panggilan kecemasan diterima membabitkan kejadian banjir kilat di kawasan Petaling Jaya dan tindakan sedang diambil.

Terdahulu, Met Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan  amaran  ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) melibatkan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah yang dijangka berterusan sehingga 5 petang tadi.

Di Semenanjung, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang; serta Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor.

Amaran yang sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, selain Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan, Alor Gajah serta Jasin di Melaka.

Di Johor, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Bagi Sarawak, amaran meliputi Saratok di Betong, Sarikei, Sibu, Matu, Dalat dan Mukah, Song, Kapit dan Bukit Mabong, Tatau dan Sebauh, Miri serta Lawas,” katanya.

Sementara itu, di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan di Pedalaman, selain Pantai Barat, Beluran di Sandakan serta Kota Marudu dan Pitas di Kudat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN