eFishery: Kerajaan tidak tolak ansur jika ada unsur penyelewengan

eFishery: Kerajaan tidak tolak ansur jika ada unsur penyelewengan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kerajaan tidak bertolak ansur jika berlaku unsur penyelewengan dalam isu kerugian dana pelaburan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dalam syarikat eFishery, Indonesia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perlunya siasatan lanjut dilakukan khususnya bagi meneliti prosedur kelulusan berkait isu kerugian dana pelaburan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dalam syarikat eFishery, Indonesia.

Katanya, kerajaan menyokong sepenuhnya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah memulakan siasatan terhadap kes penipuan terancang itu.

“Tentunya siasatan harus dilakukan. Sebab itu saya menyokong langkah SPRM untuk meneliti sekiranya ada keterlanjuran atau percanggahan dari segi hukum atau pun unsur rasuah.

“SPRM harus juga melihat proses pelaburan serta keputusan dibuat oleh panel pelaburan dan akhirnya yang dipersetujui oleh lembaga (KWAP),” katanya menjawab soalan Senator Dr Hajah Wan Martina Wan Yusoff pada sesi jawab lisan di Dewan Negara hari ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN