Dua remaja maut nahas tiga motosikal

Dua remaja maut nahas tiga motosikal

KEADAAN motosikal yang terlibat dalam kemalangan meragut dua nyawa di Kampung Pecah Rotan, Kuala Nerus, Terengganu. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Dua remaja maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan melibatkan tiga buah motosikal di Jalan Kampung Pecah Rotan, Batu Rakit di sini, semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu alah Muhamad Hazim Mohd. Zawawi, 17, dan Muhammad Rifqi Rayyan Abdul Rahim, 14.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, Muhamad Hazim yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dan Muhammad Rifqi Rayyan yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Rakit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

“Seorang lagi penunggang motosikal, Muhammad Harris Iman Fadillah, 15, mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

“Siasatan awal mendapati motosikal Honda EX5 yang ditunggang Muhammad Harris sedang bergerak lurus dari arah Kampung Pecah Rotan menghala ke Kampung Kubur Timah sebelum dirempuh dari belakang oleh motosikal jenis SYM BX110 yang ditunggang Muhamad Hazim.

“Akibat pelanggaran itu, motosikal Honda EX5 terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah motosikal Yamaha Ego Avantiz yang ditunggang Muhammad Rifqi Rayyan dari arah Batu Rakit menghala ke Kampung Pecah Rotan,” katanya di sini.

Menurut Azli, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga penunggang motosikal tidak memiliki lesen memandu yang sah. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN