PETALING JAYA: Penyanyi, Shila Amzah, 35, berpandangan disiplin yang baik akan melahirkan penyanyi yang bagus dan berkualiti.
Menerusi Thread, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah berkata hal demikian kerana penyanyi yang berdisiplin akan melalui jalan untuk berjaya.
“Disiplin itu sangat bagus untuk kalian, biarlah tak ada persembahan minggu ini atau minggu hadapan, ada masih perlu menyanyi, berlatih.
“Lebih-lebih lagi yang muda, anda boleh melakukannya. Dengan segala sumber yang baik yang anda perolehi di Internet, agak mustahil untuk engkau orang tak jadi bagus,” katanya.
Sementara itu, Shila berkata setiap penyanyi perlu berlatih untuk mempersiapkan diri masuk ke dalam dunia hiburan sebenar.
“Saya percaya, meskipun kita semua bukan pelatih, semua penyanyi patut dilatih untuk bersedia menjadi masuk industri.
“Kerana itu tentunya akan membentuk anda sebagai seorang artis, penyanyi atau penghibur yang baik,” kongsinya. – UTUSAN










