UUM: Dapur Siswa bantu pelajar hadapi kesempitan hidup

Dapur Siswa bantu pelajar hadapi kesempitan hidup

(Dari kiri) Ketua Pengarh Jabatan Pendidikan Tinggi Datuk Dr. Azlinda Azman bersama Naib Canselor UUM Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed dan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Utara Malaysia (UUM) Muhammad Syahmi Iman Muhammad Rezal menyediakan juadah makanan untuk pelajar-pelajar menerusi Program Dapur Siswa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Peranan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) kini semakin signifikan sebagai pelengkap kepada ekosistem kebajikan mahasiswa, khususnya dalam mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup yang semakin dirasai oleh pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) ketika ini.

Kebajikan mahasiswa sering menjadi perhatian masyarakat, lebih-lebih lagi apabila timbul pelbagai hantaran yang tular di media sosial sehingga menimbulkan persepsi bahawa IPT tidak lagi memberi perhatian yang sewajarnya terhadap kesejahteraan pelajar.

Dalam memastikan kebajikan mahasiswa terus terpelihara, UUM bersama Kementerian Pendidikan Tinggi melaksanakan pelbagai inisiatif seperti Dapur Siswa Madani, Menu Kasih Siswa, Food Bank Madani dan pelbagai bentuk bantuan lain.

Namun, kejayaan inisiatif tersebut digerakkan melalui peranan MPP sebagai pelaksana di peringkat akar umbi yang memastikan bantuan dapat disampaikan secara cepat, tepat dan menyeluruh kepada mahasiswa yang memerlukan.

Sebagai bukti komitmen tersebut, MPP UUM sesi 2025/2026 berjaya menyalurkan bantuan kebajikan berjumlah lebih daripada RM50,000 menerusi Tabung Kebajikan Mahasiswa hasil sumbangan masyarakat, syarikat korporat dan alumni. Dana tersebut dimanfaatkan bagi membantu mahasiswa yang berdepan musibah seperti kemalangan, masalah kesihatan, kebakaran dan kecemasan lain yang memerlukan bantuan kewangan segera, khususnya bagi menampung perbelanjaan kesihatan.

Yang Dipertua MPP UUM sesi 2025/2026, Muhammad Syahmi Iman Muhammad Rezal, berkata MPP akan terus memainkan peranan sebagai pelengkap kepada usaha universiti dalam memperkukuhkan sistem kebajikan mahasiswa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN