Campak bayi dari tingkap hotel, remaja Rohingya berdepan hukuman gantung 

Campak bayi dari tingkap hotel, remaja Rohingya berdepan hukuman gantung 

Seorang remaja perempuan etnik Rohingya berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkannya, awal bulan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang remaja perempuan etnik Rohingya berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkannya, awal bulan ini.

Tertuduh, Nor Aishahkila Hussein, 19, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A. Shaarmini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkod kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, remaja perempuan itu telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dengan cara mencampakkan bayi tersebut melalui tingkap sehingga jatuh ke lorong di bawah bangunan dan menyebabkan kematiannya.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah bilik hotel di tingkat dua di Jalan Idaman 9/1, Business Presint 8, Taman Nusa Idaman, di sini pada pukul 1.28 pagi, pada 5 Julai lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Shafeeqah Mohd. Shariffudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap remaja perempuan tersebut dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu ditahan di Penjara Simpang Renggam, Kluang sehingga kes disebut semula.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 18 September depan untuk sebutan semula kes.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN