Buruh bebas tuduhan edar lebih 39kg syabu

Buruh bebas tuduhan edar lebih 39kg syabu

AMRAN Salleh (kanan) semasa dibawa polis untuk prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaskan seorang buruh atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat lebih 39 kilogram (kg) di sebuah rumah di Pasir Mas dekat sini, lima tahun lalu.

Hakim Mohd. Rosli Yusoff memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Amran Salleh,53, di akhir kes pendakwaan.

Mohd. Rosli dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan hanya tertuduh yang mempunyai akses ke atas sebuah rumah di Kampung Je­ram Perdah, Pasir Mas, dekat sini yang merupakan lokasi barang kes dijumpai.

“Milikan dan kawalan akses pintu rumah tersebut tidak berkunci dan sesiapa sahaja boleh masuk. Saksi mengesahkan rumah kosong itu dijadikan tempat transit barangan salah seperti minyak masak sebelum diseludup ke Thailand,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Amran didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu lebih 9,740 gram methamphetamine di sebuah rumah di Kampung Jeram Perdah, Pasir Mas kira-kira pukul 4.30 petang pada 7 Jun 2021.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN