BN mendahului di DUN Bukit Kepong

[TIDAK RASMI] BN mendahului di DUN Bukit Kepong

china
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAGOH: Calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Syarie Yusof mendahului kiraan undi tidak rasmi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong dengan memperoleh 559 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Subramani Chami (451 undi) dan Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr. Sahruddin Jamal (174 undi) setakat pukul 7.12 malam.

Kedudukan semasa itu menyaksikan BN memperoleh 47.21 peratus undi, diikuti PH dengan 38.09 peratus manakala PN meraih 14.70 peratus daripada keseluruhan 1,184 undi yang telah dikira.

DUN Bukit Kepong menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Ahmad Syarie Yusof (BN), Subramani Chami (PH) dan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Dr. Sahruddin Jamal (PN).

Seramai 37,683 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN