Berkempen jangan langgar peraturan jalan raya - Anthony Loke

Berkempen jangan langgar peraturan jalan raya – Anthony Loke

ANTHONY Loke Siew Fook (tengah) ketika bertemu orang ramai dan beramah mesra sempena PRN Negeri Sembilan di Pasar Besar Seremban hari ini.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Semua parti politik yang bertanding dan pihak yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ketika ini diingatkan supaya tidak melakukan sebarang pelanggaran undang-undang jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ingatan itu juga khusus melibatkan aktiviti konvoi bermotosikal tanpa memakai topi keledar.

“Semua parti hendak menang, cuma jangan berkampen sehingga kita melanggar peraturan jalan raya.

“Perkara yang paling mudah adalah memakai topi keledar, saya sendiri juga memesan kepada petugas-petugas saya masa penamaan calon, kalau tidak ada topi keledar jangan sertai konvoi,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata demikian kepada pemberita selepas bersama calon-calon Pakatan Harapan (PH) bertemu pengunjung dan peniaga di Pasar Besar Seremban hari ini.

Anthony Loke menambah, ingatan itu juga membabitkan pergerakan kempen menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4×4).

“Sepatutnya tidak juga digalakkan untuk berdiri dekat 4×4, saya sudah menegur dan beri peringatan kepada calon-calon.

“Saya juga pernah mengambil 4×4 ini dan tetapi selepas mendapat kesedaran daripada pegawai-pegawai saya inilah sesuatu yang tidak digalakkan apabila 4×4 itu bergerak jangan ada penumpang berdiri dekat belakang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN