Bella tiba di mahkamah beri sokongan kepada Syed Saddiq

Bella tiba di mahkamah beri sokongan kepada Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelakon dan penyanyi, Bella Atillah tiba di pekarangan Mahkamah Persekutan di sini bagi memberi sokongan kepada tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Muar itu akan mendengar keputusan rayuan akhir berhubung tuduhan kes penyelewengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, hadir pada pukul 7.30 pagi tadi memakai baju bercorak berwarna hitam putih.

Mahkamah Persekutuan hari ini akan menentukan nasib Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada beliau kekal bebas atau dijatuhi hukuman atas pertuduhan pecah amanah.

Keputusan itu akan diketahui selepas kes ini ditangguhkan pada 30 Jun lalu, apabila seorang daripada tiga hakim panel terbabit mengambil cuti sakit.

Sekiranya rayuan akhir oleh pendakwaan dibenarkan, Syed Saddiq akan terus dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman penjara tujuh tahun.

Hukuman penjara itu boleh ditambah lagi empat tahun sekiranya Syed Saddiq gagal membayar denda RM10 juta yang turut dikenakan terhadapnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN