Banjir kilat: 97 murid SK Jeram Tekoh naik lori balik sekolah 

Banjir kilat: 97 murid SK Jeram Tekoh naik lori balik sekolah 

MURID Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Tekoh di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang, Kelantan dihantar pulang ke rumah masing-masing menggunakan lori Angkatan Pertahanan Awam Malaysia akibat banjir kilat. - HSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seramai 97 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Tekoh di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh di sini, dihantar pulang ke rumah masing-masing menggunakan lori Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas banjir kilat menenggelamkan laluan utama ke kampung tersebut, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi ini menyebabkan beberapa jalan kampung dan laluan utama dilimpahi air sekali gus tidak dapat dilalui kenderaan ringan.

Pegawai APM Gua Musang, Mohd. Hanafi Mohd. Bokri berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu pada pukul 10.15 pagi sebelum menggerakkan enam anggota bersama sebuah lori lima tan ke lokasi.

Katanya, operasi penghantaran pulang murid dijalankan kerana jalan utama dan beberapa jalan kampung hanya boleh dilalui kenderaan berat.

“Sejurus selepas menerima laporan, enam anggota bersama sebuah lori lima tan digerakkan ke lokasi. Seramai 97 murid dihantar pulang ke rumah masing-masing termasuk seorang murid prasekolah.

“Murid yang dihantar pulang terdiri daripada 20 orang murid Zon 1, 17 orang (Zon 2), 16 orang (Zon 3), 16 orang dari Kampung Baru dan 28 orang murid dari Sungai Asap,” katanya hari ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN