Bangunan MPKJ, INTI College berlaku gegaran

Bangunan MPKJ, INTI College berlaku gegaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gegaran dilaporkan berlaku di bangunan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan INTI International College Subang di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang telah dikejarkan ke bangunan MPKJ selepas menerima panggilan pada pukul 12.31 tengah hari.

Menurutnya, BBP Subang Jaya pula dikejarkan ke INTI International College susulan panggilan pada pukul 12.40 tengah hari.

“Komander operasi di dua-dua lokasi melaporkan maklumat diterima daripada orang awam dan staf terbabit terdapat berlakunya gegaran bangunan. 

“Anggota membuat pemeriksaan keseluruhan bangunan bagi memastikan tiada rekahan dan memastikan bangunan dalam keaadaan selamat untuk diduduki,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan mendapati kedua-dua bangunan tiada berlaku keretakan dan selamat untuk diduduki buat masa ini.

Sebelum itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi sederhana telah berlaku di Utara Sumatera pada pukul 12.18 tengah hari.

Gegaran dirasai di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN