Ayam masak merah ‘tunggu’ Mohamad Luqman

Ayam masak merah ‘tunggu’ Mohamad Luqman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hanya rasa syukur dapat diluahkan Saadiah Mohammad, 70, apabila anaknya, Mohamad Luqman Yahaya, 31, iaitu seorang daripada lima kru kapal MV Berkat Tuah yang terkandas di Pelabuhan Hamriyah, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) kira-kira 10 bulan lalu, tiba di tanah air semalam.

Saadiah yang menetap di Felda Kerteh 5, Kete­ngah Jaya, Kemaman dekat sini berkata, Mohamad Luqman menghubunginya sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11 pagi semalam.

Katanya, dia tidak sabar memasak menu kegemaran anak kesembilannya daripada 10 beradik itu apabila dia tiba di rumah nanti.

“Mungkin dia balik ke Kemaman esok (hari ini). Saya akan memasak menu kegemarannya iaitu ayam masak merah. Hampir 10 bulan dia terkandas, mesti dia pun teringin makan macam-macam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Saadiah berkata, mereka sekeluarga tidak sabar menantikan kepulangan Mohamad Luqman ke pangkuan keluarga.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan nasib lima kru kapal MV Berkat Tuah yang terus menunggu sinar kepulangan se­lepas hampir setahun terkandas di perairan UAE dengan gaji yang tertunggak.

Syarikat pengendali dan pemilik kapal MV Berkat Tuah terdahulu didakwa menjadi mang­sa penganiayaan komersial. Penderitaan dialami disebab­kan syarikat pe­ngendali ber­de­pan kekangan dana meruncing.

Mereka akhirnya berjaya dibawa pulang hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk Pejabat Konsulat Malaysia di UAE, Ke­satuan Kebang­saan Pe­laut Semenanjung Malaysia (NUSPM) dan wakil Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN