AMK minta PH kaji semula hubungan dengan BN - Utusan Malaysia

AMK minta PH kaji semula hubungan dengan BN

KAMIL Abdul Munim (dua dari kiri) menyampaikan penghargaan kepada satu daripada sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Kangsar di Padang Rengas, Perak hari ini. - UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG RENGAS: Sayap pemuda PKR melihat keperluan untuk Pakatan Harapan (PH) mengkaji semula hubungan dengan Barisan Nasional (BN) kerana merasakan tiada kejujuran daripada pihak BN.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Abdul Munim mendakwa ada usaha oleh parti-parti politik utama yang gigih mencatur agenda masing-masing sedangkan negara memerlukan kestabilan untuk berdepan cabaran global.

“Kita tidak lihat kejujuran yang sama diberikan di pihak sebelah sana. Tumpuan sepatutnya dialihkan kepada usaha untuk memperkukuhkan ekonomi kita.

“Tetapi krisis ini digunakan kesempatan oleh mereka untuk melakukan percaturan politik untuk memenuhi kepentingan kelompok dan juga individu tertentu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam majlis bersama warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak di sini hari ini.

Kedua-dua pemimpin daripada BN dan Perikatan Nasional (PN) yang dikuasai Pas dilihat seperti bekerjasama secara tidak rasmi menerusi pilihan raya negeri (PRN) Negeri Sembilan yang berlangsung dalam tempoh dua minggu akan datang.

Kehangatan politik tercetus susulan PRN Johor yang menyaksikan PH bertembung dengan BN meskipun kedua-dua parti itu membentuk ikatan di peringkat kerajaan Persekutuan.

Kamil berkata, sikap mencatur kerjasama politik seperti itu boleh mendorong ke arah ketidakstabilan negara dan mahu usaha sedemikian dihentikan.

Apabila ditanya adakah PH melihat potensi kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau berkata semua parti politik perlu ada kesedaran agar Perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mengemudi pentadbiran negara dengan baik.

“Bukan sekadar Bersatu, tetapi termasuk semua, Pas dan Wawasan. Kena ada kesedaran yang sama. Kita tuntut daripada semua pihak supaya hentikan usaha yang tidak menguntungkan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN