AJL40: Wani Kayrie nafi buat gimik kahwin - Utusan Malaysia

AJL40: Wani Kayrie nafi buat gimik kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Wani Kayrie menafikan dakwaan kononnya bakal menampilkan gimik perkahwinan ketika membuat persembahan pada pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), Ogos ini.

Wani atau Syazwani Abdullah, 26, berkata spekulasi itu hanyalah khabar angin yang mungkin timbul kerana lagu nyanyiannya, Cak Cak Cekuk, bertemakan perkahwinan.

“Gimik kahwin? Tidaklah. Awal lagi kalau nak kahwin. Mungkin sebab lagu ini berkisarkan perkahwinan, jadi orang fikir saya nak bawa tema itu.

“Kalau boleh, kami nak tampil dengan sesuatu yang berbeza. Kalau buat apa yang orang sudah jangka, nanti hilang elemen kejutan. Apa yang saya boleh katakan, kahwin itu bukan saya, mungkin artis lain,” katanya.

Wani berkata demikian ketika ditemui pada sidang media AJL40 di St. Regis Kuala Lumpur, hari ini.

Bakal membuat penampilan sulung di pentas AJL, Wani berkata, keutamaannya kali ini adalah memberikan persembahan terbaik tanpa bergantung kepada sebarang gimik.

“Kali ini saya tak nak ada apa-apa gimik. Saya cuma nak buat persembahan dengan gembira sebab ini kali pertama saya beraksi di pentas AJL.

“Saya tak mahu gimik mengganggu fokus dan prestasi saya.

“Apa yang saya harapkan ialah dapat memberikan persembahan yang akan diingati ramai,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan seorang individu yang mendakwa terdapat seorang finalis AJL40 bakal menampilkan gimik perkahwinan ketika membuat persembahan.

Susulan itu, ramai netizen mengaitkan spekulasi berkenaan dengan Wani Kayrie memandangkan lagu Cak Cak Cekuk yang dipertaruhkannya mengangkat tema perkahwinan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN