Ahmad Kamarunzaman Pengarah JPJ Selangor baharu

Ahmad Kamarunzaman Pengarah JPJ Selangor baharu

JPJ Selangor
AHMAD KAMARUNZAMAN MEHAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat dinaikkan pangkat sebagai Pengarah baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau menggantikan Azrin Borhan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada April lalu.

JPJ dalam kenyataannya mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikan tersebut.

“Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Ahmad Kamarunzaman di atas pelantikan sebagai Pengarah JPJ Negeri Selangor berkuatkuasa 20 Julai,” katanya di sini, hari ini.

Untuk rekod, sepanjang perkhidmatan Ahmad Kamarunzaman di Selangor, beliau terlibat dalam pelbagai operasi termasuk mengetuai Operasi (Op) Pemandu Warga Asing (PEWA) bagi membanteras warga tempatan yang menyewakan kenderaan kepada warga asing secara haram.

Beliau juga terlibat secara langsung dalam merancang pengukuhan anggota penguat kuasa bagi membanteras kegiatan ‘ulat’ teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN