26 tahun menyewa, ibu tunggal dapat Rumah Rakyat Pahang

26 tahun menyewa, ibu tunggal dapat Rumah Rakyat Pahang

MAZIAH Abd. Malek bersama anak lelakinya, Muhamad Hafiz Jamaludin di hadapan rumah baharu projek Rumah Rakyat Pahang (RRP) di Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Selepas 26 tahun tinggal di rumah sewa, seorang ibu tunggal yang mempu­nyai empat anak dari Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar, di sini akhirnya dapat menduduki sebuah rumah baharu di bawah projek Rumah Rakyat Pahang (RRP).

Maziah Abd. Malek, 49, antara tiga orang dari golongan keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan RRP bernilai RM75,000 yang disempurnakan penyerahan replika kuncinya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Lantikan, Haris Salleh Hamzah, baru-baru ini.

Maziah yang merupakan peniaga makanan bersyukur kerana dapat menjalani kehidupan di rumah lebih selesa.

“Sebelum ini, saya menyewa sebuah rumah sekitar kawasan ini selama 26 tahun dengan kadar bayaran RM50 sebulan untuk membesarkan empat anak.

“Saya mencari rezeki de­ngan membuka warung menjual makanan di hadapan rumah, dengan pendapatan harian yang hanya cukup untuk pulangan modal dan belanja keperluan dapur,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Bukit Rang.

Menurut Maziah, dia tidak mampu membeli tapak tanah dan membina rumah sendiri kerana pendapatan tidak mencukupi, malah sebelum ini turut membiayai persekolahan anak.

“Saya mulai risau apabila memikirkan sampai bila hendak menyewa rumah orang sedangkan anak kian membesar dan perlu mendiami sebuah rumah yang selesa termasuk kemudahan beramal ibadat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN