12 individu ditahan merusuh di kawasan parkir pusat beli-belah 

12 individu ditahan merusuh di kawasan parkir pusat beli-belah 

FADIL MARSUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Seramai 12 individu warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan dan rusuhan yang berlaku di kawasan parkir pusat beli-belah di Cheras pada 29 Jun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, semua suspek ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar ibu negara.

Katanya, siasatan awal mendapati pergaduhan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati apabila seorang pekerja di kawasan berkenaan menegur sekumpulan individu yang didakwa menghalang laluan jalan.

“Teguran itu mencetuskan pertengkaran mulut sebelum bertukar menjadi pergaduhan.

“Tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh salah seorang daripada individu terbabit yang mengalami kecederaan ringan pada anggota badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kesemua suspek direman sehingga Selasa lalu bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh secara beramai-ramai di tempat awam,” katanya.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN