113 pelarian Rohingya dipindahkan ke lokasi baharu

113 pelarian Rohingya dipindahkan ke lokasi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 113 pelarian majoriti etnik Rohingya sudah dipindahkan ke beberapa lokasi baharu di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Polis Hoo Chang Hook berkata, perpindahan tersebut diuruskan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Katanya, seramai 66 orang ditempatkan di Kuala Lumpur, 18 orang di Pulau Pinang dan selebihnya di Selangor.

“Polis sudah melepaskan semua pelarian terbabit ke destinasi yang diuruskan oleh NGO dan pihak UNHCR sendiri. 

“Destinasi pilihan pelarian terbabit adalah ke Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang semula berdasarkan kenalan dan saudara mara mereka di destinasi terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media semalam melaporkan seramai 113 pelarian kebanyakan warga Rohingya yang ditempatkan sementara di Dataran Wira Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, dipindah ke lokasi lain yang ditetapkan oleh sebuah NGO.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, kumpulan itu dibenarkan untuk bergerak keluar dari IPK ke destinasi baharu kira-kira 4 petang.

Kelmarin, polis memindahkan seramai 113 pelarian termasuk masing-masing seorang lelaki Iraq, serta perempuan Somalia dan Indonesia, isteri kepada Rohingya ke IPK Kuala Lumpur bersama wakil pejabat UNHCR. 

Pelarian Rohingya pula membabitkan lelaki dewasa seramai 36 orang dan wanita 21 orang, manakala kanak-kanak lelaki 31 orang serta perempuan 22 orang.

Sebelum itu mereka berkampung di hadapan pejabat UNHCR di Jalan Bukit Petaling, di sini, selepas tiba di ibu negara awal  menaiki tiga bas apabila mereka diusir keluar oleh penduduk tempatan di penempatan mereka di Pulau Pinang.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN