Wawasan tidak sertai PRN Johor

Wawasan tidak sertai PRN Johor

HAMZAH Zainudin bercakap pada sidang akhbar di sebuah rumah di Jalan Langgak Tunku, Bukit Tunku di sini, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Cinta Malaysia (PCM) yang dikenali sebagai Parti Wawasan Negara mengumumkan tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa pertimbangan.

“Di Johor ini adalah gelanggang pertama selepas PRN Sabah, maka saya sebagai Presiden yang baru, saya nak perhatikan supaya kita ambil tindakan yang paling baik. Jadi kita buat keputusan untuk tidak serta PRN Johor,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya lagi, Wawasan akan tetap memberi sokongan kepada mana-mana calon yang bertanding.

“Tidak sertai tidak bermakna tidak sokong mana-mana calon. Kita sokong barisan calon-calon yang layak untuk menguruskan negeri Johor pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah turut memaklumkan yang parti itu akan mengambil bahagian dalam PRN Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut ketika ditanya adakah parti itu boleh bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Hamzah berkata, ia turut akan dipertimbang dengan menilai sama tindakan parti tersebut.

“Sebab itu saya sedang melihat segala apa yang mereka nak ambil (tindakan), fikir saya sebagai seteru atau mereka nak fikir parti ini sebagai kawan mereka dalam PN, Semua itu akan diambil kita,” katanya.

Beliau berkata, permohonan menukar nama parti kepada Parti Wawasan Negara telah dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) untuk semakan dan kelulusan.

“Dalam perlembagaan, diberikan hak kepada ahli-ahli untuk membuat usul untuk menukarkan nama parti Ini nama parti yang dibuat kehendak ahli-ahli parti adalah wawasan negara, lulus sebelah suara.

“Dari segi kehendak ROS adalah, saya dulu Menteri Dalam Negeri, sudah tentu saya tahu, kemudian kita hantar kepada RoS, RoS akan melihat semula.

“Katalah kita nak nama itu dan nama itu sama dengan nama orang lain, tetapi saya fikir nama itu sesuai dan tidak ada orang lain yang sama dengan nama itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN