UM kekal universiti terbaik Malaysia

UM kekal universiti terbaik Malaysia

UNIVERSITI MALAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) mengekalkan kedudukannya sebagai universiti terbaik Malaysia apabila berada di kedudukan ke-56 dunia dalam QS World University Rankings (QS WUR) 2027.

Selain UM, empat lagi universiti tempatan turut berada dalam kelompok 160 universiti terbaik dunia iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) di kedudukan ke-128, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-130, Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-138 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-158.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, secara keseluruhannya sebanyak 32 universiti Malaysia tersenarai dalam QS WUR 2027.

Jelasnya, pencapaian ini mencerminkan kecemerlangan, daya saing dan pengiktirafan global terhadap kualiti pendidikan tinggi Malaysia.

“Pencapaian ini membuktikan hasil komitmen berterusan seluruh warga akademia, penyelidik, pelajar dan pemegang taruh sektor pendidikan tinggi negara.

“Tahniah kepada semua universiti di Malaysia atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin untuk mengangkat nama Malaysia lebih tinggi di persada dunia,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN