KUALA LUMPUR: Penyanyi, komposer serta penerbit, Daqmie mengakui pernah dipelawa untuk berkolaborasi bersama penyanyi Indonesia, Nissa Sabyan.
Daqmie atau nama penuhnya Azmee Abdul Manap bagaimanapun menolak secara baik pelawaan tersebut akibat kekangan masa.
“Dia menghubungi menerusi WhatsApp bertanyakan kesudian saya untuk berkolaborasi dengannya.
“Saya menolak secara baik kerana waktu saya tidak berkesempatan, tambah pula di Malaysia saya tidak ada pengurus. jadi ia agak sulit,” kongsinya.
Daqmie berkata demikian semasa sidang akhbar podcasr Daqmie musim kedua di pejabat pengurusan Inteam Records, di sini.
Dalam pada itu Daqmie tidak menyangka dia mempunyai peminat di Indonesia dan semakin dikenali di sana.
“Nama saya disana sudah mula dikenali, cuma mereka tak pernah jumpa orangnya.
“Bahkan lagu-lagu sebelum ini seperti Tujuh Petala Cinta, Casablanca rupanya diikuti pendengar muzik di sana,” kongsinya.










