Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam serangan di Kuwait

Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam serangan di Kuwait

GAMBAR fail asap menjulang selepas lapangan terbang Kuwait diserang dron. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua warganegara Malaysia yang berdaftar di Kuwait berada dalam keadaan selamat susulan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait pada awal pagi semalam.

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia memaklumkan, pihaknya sedang memantau rapat perkembangan semasa dan setakat ini tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas akibat insiden tersebut.

“Susulan serangan tersebut, lapangan terbang berkenaan telah ditutup buat sementara waktu, dan semua penerbangan komersial telah digantung sehingga diberitahu kelak. Penerbangan yang tiba kini sedang dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam, Arab Saudi.

“Warganegara Malaysia yang perancangan perjalanan mereka terjejas akibat gangguan ini dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan masing-masing secara terus bagi mendapatkan pengaturan alternatif dan penjadualan semula penerbangan,” katanya.

Katanya lagi, warganegara Malaysia yang menetap atau melakukan perjalanan di rantau ini digesa untuk mengekalkan tahap kewaspadaan tertinggi.

Selain itu, semua pihak perlu mematuhi sepenuhnya sebarang arahan keselamatan, sekatan pergerakan, atau arahan kecemasan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Warganegara Malaysia yang belum mendaftar keberadaan mereka juga diseru untuk berbuat demikian dengan segera menerusi portal e-Konsular Kementerian di pautan https://ekonsular.kln.gov.my bagi memudahkan komunikasi dan penyaluran bantuan yang pantas,” katanya.

Bagi bantuan konsular segera atau kecemasan, warganegara Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait secara terus menerusi saluran berikut:

Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait

Telefon (Pertanyaan Umum): +965 2255 0394 / +965 2255 0395

Talian Kecemasan: +965 9678 3036

E-mel: [email protected]  –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN