Syarikat perhotelan, pengarah didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan 

Syarikat perhotelan, pengarah didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebuah syarikat perhotelan dan pengarahnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan gagal membayar cukai pendapatan lebih RM153,000, dua tahun lalu.

Syarikat Royale Signature International Sdn. Bhd. dan Pengarahnya, Tang Wooi Chon, 70, membuat pengakuan itu selepas masing-masing menghadapi dua pertuduhan berasingan yang dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, syarikat diwakili eksekutif kanan kewangannya sebagai Orang Kena Saman (OKS), gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah RM77,242.20 dan RM75,765.79 dalam tempoh ditetapkan mengikut Seksyen 26(4) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807).

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Bahagian Cukai Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kompleks Kastam Persiaran Sultan Abdul Hamid, di sini pada 1 Mac dan 1 Mei 2024.

Bagi kesalahan itu, syarikat tersebut didakwa di bawah Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807) dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. 

Sementara pengarah syarikat itu pula menghadapi dua pertuduhan sama dan didakwa di bawah Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807) dibaca bersama Seksyen 78 akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 26(8) akta sama. 

Denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa JKDM, Muhamad Syafiq Haslan memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM25,000 terhadap Wooi Chon yang tidak diwakili peguam memohon jumlah lebih rendah memandangkan dia sentiasa hadir ke mahkamah bagi menghadapi kes sebelum ini.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN