Senarai calon DAP Johor tular palsu

Senarai calon DAP Johor tular palsu

TEO NIE CHING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Senarai calon DAP Johor bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 yang tular di media sosial adalah palsu.

Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, orang ramai diminta tidak menyebarkan atau berkongsi maklumat yang tidak sahih.

“Berita palsu. Jangan sebarkan atau kongsi mesej yang tidak sahih,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular satu dokumen menggunakan logo DAP yang mendakwa sebagai cadangan senarai calon parti itu bagi PRN Johor.

Dokumen berkenaan turut memaparkan beberapa nama calon bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Semalam, Barisan Nasional (BN) Johor turut menafikan senarai nama yang tular kononnya membabitkan calon gabungan itu bagi PRN akan datang.

Pengerusinya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, senarai berkenaan adalah palsu, tidak benar serta sengaja direka pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, sebarang pengumuman rasmi berkaitan calon BN hanya akan dibuat menerusi saluran komunikasi rasmi gabungan itu.

Pada 1 Jun lalu, DUN Johor secara rasmi dibubarkan selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim, bagi memberi laluan kepada PRN Johor Ke-16. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN