Semarakkan nilai kasih sayang, perpaduan

Semarakkan nilai kasih sayang, perpaduan – Anwar

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersarapan dalam suasana santai, sambil bertukar pandangan mengenai pelbagai perkembangan semasa yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara di Banglo 289, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur semalam. Sultan Ibrahim selepas itu, turut mengadakan pertemuan tertutup secara empat mata bersama Anwar di Istana Bukit Tunku. – FB Sultan Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum dan agama.

Beliau berkata, nilai yang diangkat sempena sambutan Hari Wesak itu mempunyai makna besar dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia yang dibina atas asas saling memahami, menghormati dan hidup bersama secara harmoni.

“Hari Wesak mengajak kita merenung nilai-nilai luhur yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat, khususnya kebijaksanaan, kesederhanaan, ihsan dan kasih sayang sesama insan.

“Nilai-nilai ini bukan sahaja diraikan dalam tradisi keagamaan, malah terus relevan dalam membina sebuah masyarakat yang saling memahami dan menghormati,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Anwar berkata, dalam keadaan negara yang rencam budaya, agama dan latar kehidupan, nilai cinta, ihsan dan kasih sayang perlu terus diperkukuh bagi memelihara keharmonian masyarakat.

Katanya, penyebaran nilai itu penting bagi menenggelamkan hasutan kebencian, menjernihkan prasangka serta mem­perkukuh hormat dan per­sefahaman yang menjadi asas kepada perpaduan negara.

“Semoga sambutan Hari We­sak tahun ini membawa ketenangan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada penganut Buddha.

“Saya berharap ia terus menyemarakkan nilai kemanusiaan yang menyatukan kita sebagai sebuah bangsa yang beradab dan bermaruah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN