Rojak buah Sentul

Rojak buah sentul

NURUL Nadiya Jaafar (tengah) bersama pekerjanya membungkus rojak sentul untuk dijual di Kampung Kubang Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu . – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tidak ramai terutama golongan muda yang mengenali buah sentul. Ia mempunyai rasa masam-masam manis dengan sedikit rasa kelat.

Isi buah ini lembut dan berulas-ulas seperti buah manggis. Bahagian isi yang dekat dengan biji biasanya lebih manis, manakala kulit buahnya pula lebih tebal dan rangup.

Walaupun di sesetengah tempat, buah ini sudah semakin dilupai, Nurul Nadiya Jaafar, 39, berjaya menjadikannya sebagai bahan utama rojak yang mendapat permintaan tinggi di Kuala Terengganu.

Beliau tidak menang tangan memenuhi permintaan sehingga 1,000 bekas sehari daripada para pelanggannya di sekitar Kampung Kubang Panjang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN