KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) berjaya menyelesaikan rundingan melibatkan 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertindih antara parti-parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, rundingan bagi kerusi terbabit telah dimuktamadkan, manakala kerusi yang tidak bertindih diserahkan kepada parti masing-masing untuk ditentukan. Beliau berkata, tugas beliau adalah merundingkan kerusi-kerusi yang bertindih dalam kalangan parti komponen gabungan…










