PRN Johor: Onn Hafiz akan pertahan DUN Machap

PRN Johor: Onn Hafiz akan pertahan DUN Machap

ONN HAFIZ GHAZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sah akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, tidak lama lagi.

Pengumuman itu dibuat beliau pada Majlis Pengumuman Calon BN Bagi PRN Johor di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Johor, di sini hari ini.

Beliau bakal berdepan cabaran calon baharu daripada Pakatan Harapan (PH) yang baharu diumumkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin iaitu Nor Hafiz Roslan.

Pada PRN Johor ke-15, Onn Hafiz memenangi kerusi DUN Machap dengan menewaskan pesaing Azlisham Azahar (PN-Pas); R. Sangaran (Muda) dan Sharuddin Md Salleh (Pejuang) dalam pertembungan empat penjuru.

Beliau meraih undi sebanyak 11,029 undi,menewaskan pencabar terdekat dengan majoriti sebanyak 6,543 undi.

Sebelum itu, Onn Hafiz pernah memenangi kerusi DUN Layang-Layang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung pada tahun 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN