PRN Johor, Negeri Sembilan 'kayu ukur' Pas selepas 'cerai' dengan Bersatu

PRN Johor, Negeri Sembilan ‘kayu ukur’ Pas selepas ‘cerai’ dengan Bersatu

MOHD. AMAR NIK ABDULLAH 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan sebagai kayu ukur yang menjadi penentu kepada kekuatan sebenar parti itu selepas memutuskan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, setiap keputusan politik dibuat ia sudah pasti membawa implikasi sama ada positif atau negatif kepada Pas.

“Kita tidak tahu berapa besar kesannya dan kita masih tidak boleh membuat penilaian memandangkan ia masih awal.

“Menerusi itu sahaja kita dapat melihat sama ada ia memberi kesan besar atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Pengkalan Chepa yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, di sini, hari ini.

Utusan Malaysia 8 Jun lalu melaporkan, Pas mengumumkan keputusan untuk memutuskan hubungan kerjasama politik dengan Bersatu.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN