KUALA LUMPUR: Perdana Menteri tidak terlibat dalam pelantikan Pendakwa Raya selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya diluluskan di Parlimen. Pencalonan akan diusulkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) dan diteliti Parlimen, sebelum pelantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Mekanisme itu antara pembaharuan disyorkan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi membolehkan pelantikan disahkan atau dinilai oleh Parlimen. Secara tidak langsung memperkukuh peranan institusi itu dalam sistem semak…










