Penyokong BN menanti pengumuman calon PRN Johor

Penyokong BN menanti pengumuman calon PRN Johor

PEMIMPIN, ahli, penyokong BN dan petugas media telah mula berkumpul di Pejabat Perhubungan UMNO Johor sempena Majlis Pengumuman Calon BN Bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemimpin, ahli dan penyokong parti-parti gabungan Barisan Nasional (BN) mula berkumpul di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Johor di sini sempena Majlis Pengumuman Calon BN Bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Petugas media daripada pelbagai agensi turut mula berkumpul di premis berkenaan seawal pukul 12 tengah hari.

Antara pemimpin BN yang dilihat telah hadir termasuklah Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Seri Dr. Adham Baba; penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Mohd. Fazli Mohamad Salleh.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan membuat pengumuman melibatkan senarai nama-nama calon bagi kesemua 56 kerusi DUN yang akan dipertandingkan pada pukul 2.30 petang.

Bagaimanapun, program berkenaan ditangguhkan kepada pukul 4.30 petang dipercayai bagi memuktamadkan beberapa kerusi DUN yang masih belum selesai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN