Pelajar cemerlang SPM 2025 daerah Lipis erima sumbangan

Pelajar cemerlang SPM 2025 daerah Lipis erima sumbangan

KHAIRUL NIZAM Abu Dahari (barisan kedua, lapan dari kanan) dan Shahnam Abd, Rashid (lima dari kiri) bersama guru dan pelajar cemerlang peperiksaan SPM 2025 sempena majlis Apresiasi Kecemerlangan SPM 2025 di Lipis, Pahang baru-baru ini. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 26 orang pelajar daerah Lipis yang lulus straight ‘A’ dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu telah disantuni sempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan SPM 2025 di Hotel Plaza, bandar Kuala Lipis, Lipis, Pahang baru-baru ini.

Majlis penghargaan kecemerlangan itu merupakan anjuran Pusat Khidmat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka dan Pahang Mining Corporation (PMC) yang turut dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Lipis, Shahnam Abd. Rashid.

Penyelaras DUN Cheka, Khairul Nizam Abu Dahari berkata, pelajar berkenaan telah menerima sumbangan khas wang tunai daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melalui anak syarikat kerajaan negeri, PMC untuk meringankan perbelanjaan yang telah mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Pelajar berkenaan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah ini, iaitu enam buah SMK kawasan DUN Cheka, masing-masing dua buah SMK DUN Benta dan DUN Padang Tengku, manakala sebuah SMK dari DUN Jelai,” katanya di Lipis, Pahang baru-baru ini.

Menurut Khairul Nizam, pengiktirafan menerusi sumbangan berkenaan diharap sebagai penyuntik semangat untuk mereka terus melakar kejayaan yang mana sudah mendapat tempat di IPTA sekali gus menjadi inspirasi kepada generasi remaja yang masih bersekolah.

Ujarnya, program sumbangan serta pengiktirafan pelajar cemerlang diadakan sepanjang tahun dan giliran pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula akan menerima sumbangan yang sama selepas keputusan diumumkan pada bulan Julai tahun ini. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN