Pejuang cuba nasib di DUN Gambir

Pejuang cuba nasib di DUN Gambir

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor ketika ditemui selepas mesyuarat pengagihan kerusi PN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, di Ibu Pejabat PAS, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, permohonan tersebut dibentangkan dalam rundingan pembahagian kerusi yang turut melibatkan Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

“Yang (parti) tidak hantar, tiadalah. Satu yang kita dapat kita dah pertimbangkan, kita pun sudah bersetuju iaitu Pejuang bertanding di Gambir. Satu itu yang mereka minta, selesai,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agihan kerusi PN di Pejabat Agung Pas, hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan menerima Pejuang dan Parti Cinta Malaysia (PCM) sebagai parti anggota baharu dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang berlangsung di Pejabat Agung Pas.

Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata, mesyuarat itu turut bersetuju supaya agihan kerusi PRN Johor dimuktamadkan melalui Jawatankuasa Rundingan Kerusi dalam tempoh segera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN