PCM dijenama semula sebagai Parti Wawasan Negara

PCM dijenama semula sebagai Parti Wawasan Negara

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Cinta Malaysia (PCM) dijenamakan semula sebagai Parti Wawasan Negara (Wawasan) selepas Mesyuarat Khas Perwakilan parti itu sebulat suara meluluskan penggunaan nama baharu berkenaan pada Sabtu lalu.

Presiden Wawasan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu bukan sahaja membuka lembaran baharu kepada Wawasan, malah memperkukuh Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan yang diyakini rakyat untuk memimpin negara.

“Saya merakamkan penghargaan kepada Majlis Tertinggi PN atas kepercayaan menerima Wawasan sebagai parti anggota dalam PN.

“Penyertaan Wawasan juga menjadi nilai tambah kepada kekuatan sedia ada PN terutamanya dalam memperjuangkan agenda perubahan yang berteraskan kompetensi, integriti dan kestabilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebagai parti berwajah Malaysia, Hamzah berkata, Wawasan membawa aspirasi rakyat daripada pelbagai latar belakang dan percaya masa depan negara hanya dapat dibina melalui kerjasama, kesederhanaan serta komitmen terhadap kepentingan nasional.

“Kami hadir sebagai jambatan yang menghubungkan lebih ramai rakyat, memperluaskan sokongan serta mengukuhkan lagi kedudukan PN sebagai sebuah gabungan yang inklusif, stabil dan sedia mentadbir,” katanya.

Semalam, PN mengumumkan penerimaan dua parti politik baharu sebagai anggota gabungan berkenaan iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan PCM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN