Pas ramal PRU16 antara Oktober hingga November tahun ini

Pas ramal PRU16 antara Oktober hingga November tahun ini

MOHD. Amar Nik Abdullah semasa berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Pengkalan Chepa, Kelantan. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diramal berlangsung antara Oktober hingga November tahun ini berpandukan kepada perkembangan semasa situasi politik negara.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, seluruh jentera parti itu disaran membuat persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku pilihan raya.

“Tahun ini dijangkakan berlaku PRU16, dalam masa terdekat akan berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan dan selepas itu mungkin Melaka.

“Berkemungkinan selepas PRN Melaka, Parlimen dibubarkan kerana banyak tanda-tanda dan desas-desus mengatakan PRU tahun ini, cuma masih berteka teki dari segi bulan atau tarikh.

“Ada kata Julai selepas Perdana Menteri pulang dari lawatan luar negara, namun pandangan lebih kuat pada penghujung Oktober dan November,” katanya semasa berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Perasmian majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN