Pas mesyuarat petang ini, bincang hala tuju selepas putus dengan Bersatu

Pas mesyuarat petang ini, bincang hala tuju selepas putus dengan Bersatu

MOHD. Amar Nik Abdullah (kiri) semasa mengiringi Mohd. Nassuruddin Daud yang hadir merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pengkalan Chepa, Kota Baru, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas akan bermesyuarat petang ini bagi membincangkan hala tuju parti itu selepas memutuskan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kedudukan wakil Bersatu yang memegang jawatan Exco dalam pentadbiran di beberapa negeri bawah pimpinan Pas menjadi antara perkara yang dibincangkan.

Katanya, hala tuju hubungan dalam Perikatan Nasional (PN) turut diberikan perhatian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita kena ada satu satu pendirian yang jelaslah berhubung perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pengkalan Chepa yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Utusan Malaysia 8 Jun lalu melaporkan, Pas mengumumkan keputusan untuk memutuskan hubungan kerjasama politik dengan Bersatu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini