PARLIMEN: Malaysia tidak pernah iktiraf kerajaan baharu Myanmar

PARLIMEN: Malaysia tidak pernah iktiraf kerajaan baharu Myanmar

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak pernah mengiktiraf kerajaan baharu Myanmar yang dibentuk susulan pilihan raya berperingkat anjuran junta tentera sejak Disember tahun lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, lawatan beliau ke Myanmar sebelum ini bukan bermaksud pengiktirafan, sebaliknya bagi memastikan saluran komunikasi terus kekal serta meneruskan usaha yang telah digerakkan ketika Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun lalu.

Katanya, tiada isu berbangkit mengenai pengiktirafan Malaysia terhadap kerajaan Myanmar selagi pilihan raya yang dilaksanakan tidak memenuhi prinsip inklusif, keamanan berkekalan, pembebasan tahanan politik serta penyelesaian isu pelarian seperti digariskan dalam Konsensus Lima Perkara (5PC).

“Libat urus dengan Myanmar, walaupun secara tidak rasmi, adalah penting bagi memastikan ASEAN tidak kehilangan peranan utamanya dalam membantu negara itu, selain mengelakkan campur tangan kuasa luar.

“Banyak kuasa luar sudah mula mahu campur tangan dan ini akan menyusahkan ASEAN jika ia dibiarkan berlaku,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) mengenai pendirian semasa dasar luar Malaysia terhadap kerajaan Myanmar serta tahap kemajuan pelaksanaan 5PC dalam perumusan dasar luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN