Kamarudin serah nasib sebagai Exco kepada Menteri Besar

Kamarudin serah nasib sebagai Exco kepada Menteri Besar

KAMARUDIN Md. Nor (dua kiri) selepas merasmikan Majlis Pelancaran Festival Kesenian Rakyat Kelantan di Terminal Bas Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan hari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ketua Badan Pimpinan Negeri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan,  Datuk Kamarudin Md. Nor menyerahkan nasibnya sebagai Exco Kerajaan Negeri kepada Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Ia selepas Pas semalam membuat keputusan mengakhiri kerjasama politik parti itu dengan Bersatu

Kamarudin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri berkata, buat masa ini beliau masih meneruskan tugas dalam kerajaan negeri seperti biasa.

“Selagi tiada apa-apa keputusan, saya terus bekerja. Setakat ini saya belum menerima sebarang makluman daripada Menteri Besar mahupun pucuk pimpinan Bersatu berhubung status saya sebagai Exco,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Festival Kesenian Rakyat Kelantan di Terminal Bas Lembah Sireh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas itu memberitahu, pelantikan jawatan Exco dibuat atas pilihan Menteri Besar sebelum mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

“Jadi saya serah kepada Menteri Besar untuk menentukan kedudukan saya,” ujarnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN