Hukum harus tonton bola sepak asalkan tidak bertaruh
SOALAN
Apa hukumnya bagi orang Islam menonton perlawanan bola sepak yang dikenal pasti mendedahkan aurat, dan ada pula menjadikan kawasan rumah ibadah sebagai lokasi?.
Syahir
Ingin tahu
JAWAPAN
Secara asasnya menonton bola sepak adalah harus selagi tidak melibatkan permainan bersifat judi seperti ada pertaruhan dan meninggalkan kewajipan solat.
Ada pun pada aurat itu tersebut menjadi khilaf dalam kalangan ulama. Berusahalah untuk melihat kepada permainan keseluruhannya bukan paha mereka.
Jangan mencuri dalam solat
SOALAN
Saya pernah mendengar mengenai perbuatan mencuri dalam solat. Boleh ustaz jelaskan maksud mencuri itu dan kenapa?
Hakimi
Pontian
JAWAPAN
Makna mencuri dalam solat adalah meninggalkan takma’ninah sekadar Subhanallah. Mereka tidak menunai hak setiap rukun solat.
Makhluk lain juga berzikir
SOALAN
Benarkah makhluk lain juga berzikir kepada Allah dan untuk apa ustaz? Sebab saya pernah mendengar kisah Rasulullah memacak dahan kurma pada kubur supaya pokok itu berzikir untuk meringan seksaan si mati.
Nurul
Kajang
JAWAPAN
Semua makhluk berzikir berdasarkan apa yang ditentukan oleh Allah Taala kepada mereka. Mereka berzikir namun kita tidak memahaminya.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]










